Friday, 30 December 2011



Hari ni , 1st time rasanya Yasmin nak share pasal isu baru - baru ni , di mana seorang warga emas berusia 60-an membelasah menantu perempuannya dengan sebatang kayu . Ishkk . Pukul dengan sebatang kayu  ? errr . SAKITNYAA !! >.<


KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu. 

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang. 

Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya.

Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila ibu mentua mangsa dikatakan tidak berkenan dengan tindakan mangsa menegurnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.


p/s : Haih ..Macam - macam yang dah berlaku sekarang ni kan ?  Disebabkan kesalahan yang kecil je sanggup nak membelasah orang .. Hmm . Ntahlah ~


 



GEORGETOWN: “Selepas ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya, dia menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar,” kata Noorliza Abd Razak, 34, yang panik dan terkejut selepas menitiskan ubat untuk merawat mata anaknya dalam kejadian Selasa lalu.

Ibu kepada Nurqistina Qalysha Azmi, 3, itu berkata, anaknya terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam selepas menggunakan ubat merawat sakit mata yang diambil dari Hospital Pulau Pinang (HPP), 12 Disember lalu.

Noorliza berkata, anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakit itu masih berlanjutan.

Dia membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan di Bayan Baru sebelum mendapat surat rujukan ke HPP dan dirawat seorang doktor wanita sebagai pesakit luar.

“Selepas mendapat surat rujukan daripada doktor di klinik berkenaan, saya terus ke HPP dan menerima rawatan pesakit luar daripada seorang doktor wanita.

“Anak saya diberikan ubat titis dari kaunter farmasi dan pulang ke rumah.

“Sehari kemudian, ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya dan saya panik Nurqistina menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bharu, Balik Pulau, semalam.

Noorliza merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi HPP, namun diberitahu ubat itu bagi merawat sakit telinga.

“Petugas berkenaan juga berkata, kekuatan ubat itu 10 kali ganda dari ubat biasa sebelum saya menemui seorang lagi doktor di HPP bagi mendapatkan penjelasan.

“Doktor berkenaan berkata label ubat itu mungkin salah dilekatkan, namun selepas beberapa soalan diajukan, doktor itu mengaku ubat terbabit tidak sepatutnya diberikan kepada anak saya,” katanya.

Noorliza berkata, dia terkilan kerana doktor berkenaan menasihatinya supaya tidak membawa anaknya merujuk kepada pakar selain tidak memberi jaminan mengenai akibat yang akan ditanggung anaknya kemudian hari.

“Saya mahu doktor berkenaan memberi penjelasan mengenai kejadian itu serta berharap warga HPP lebih cekap menguruskan ubat pesakit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman ketika dihubungi berkata, pengadu berkenaan perlu membuat aduan di HPP bagi memudahkan siasatan.

“Bagi kes ini, butir pengadu akan diambil selain perlu membawa bersama ubat yang diberikan doktor terbabit,” katanya.





JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.


Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksadikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.


“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.


“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.


Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.


Credit : Hmetro


LS -  Ishk . Pelik pelik betul lah doktor zaman sekarang ni ! Boleh pulak "TERSALAH POTONG" ?? Doktor pada nama je ker ? Macam mana boleh tak habis potong kulitnya ? Aiyoo . Kesian betul dekat budak - budak tu haa . Malu + trauma diorang dibuatnya . Sampai sebulan kena pakai kain pelekat tau ? Orang lain dalam 4 - 5 hari dah boleh kayuh basikal dah .. Hmm .





:>>>> Jom Relaks Kejap Dekat Sini . hehe :)


Ada dua orang gila , sedang berbual - bual dekat Hospital Bahagia , Tampoi !


Orang Gila 1 : Kau Tahu takk ? (sambil berdiri di atas meja)

Orang Gila 2 : Tahuu apa ?

Orang Gila 1 : Aku ni matahari ! ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi). Lihatlah ! Dunia yang terang ini semua disebabkan oleh aku !

Orang Gila 2 : (dalam hati!) Jangan - jangan dia nih bertambah gila apa ?! Aku mesti lapor pada doktor nih . Biasa dia diperiksa !


Sambil berlari , orang gila tuh pun mencari doktor dan menceritakan apa yang berlaku !


Orang Gila 2 : Doktor ! Kawan saya tuh , mungkin bertambahlah gilanya .

Doktor : Kenapa ?

Orang Gila 2 : Benar doktor , dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dan menyatakannya dia adalah matahari ! Dunia ini terang disebabkan olehnya !

Doktor : Jika begitu , suruhlah kawan kamu tuh , turun .

Orang Gila 2 : Jangan doktor , nanti , kalau dia turun , gelap dunia nihhh .... 

Sekolah???





sekolah???huh...dah lah dah cuti agak lame...n then sekolah plak...dah lah msuk sekolh mnengah...ish...susah nak biasakan diri...pas2 nak cari kwn lh ape ar...nasib baik lah ari2 ade orientasi kat sekolh saujana...lau x memang aq x knal sesape lah kt sekolah tu...and then time orientasi ari tu aq dah dpt kawan baru..anak cikgu..nama die..adila...n sorang lg nama die nadia..nasib baik lh diorang tu friendly..lau x..aq x tau lh nk kwn ngan sape...teringat time darjah 6...arghh!!!x nk2..x best ar...dah lh aq x knl cikgu2 kt situ...lau kt sekolah rendah..sume aq knal...aq miss nk tinggal kn knangan aq kt situ...aq miss nk tinggal kn jawatan aq kt sekolh tu...lau msuk sekolh mnengah..susah nk dpt jawatan yg macam aq pegang mase tahun 6 dulu..aq rindu kat kwn2 aq yg mase tahun 6 niehhh...n dkt cikgu2 aq...diorang sekolah lain aq sekolah lain..aha...ape2 pon..aq hrp dpt sesuai kan diri lah kt sekolh tu...bye..assalamualaikum,




Ha???esok dah masuk tahun baru??sekejap nye rase...hehe...n bile dah masuk tahun baru cam biasa lah mesti lah dah nak sekolah kn???ish3sekejap nye..rase macam mls lh plak..hehe~padahal dulu ye..ye..je nak sekolah lh ape lh..haha...tgok skang nie dh mls pulak..ish3...x patut btol...bile dah msuk tahun baru(2012) kenalah ade azam baru kn???so,azam baru aq..aku x tau lg lh..hahha...sengal~~ermmm..ape agknye ye..azm aq???aq pon x tau lg...nnti lh pikir kan...hehe....teringat plak time drjh 6(2011) tu...knangan bersama kwn2..memang best...terbaik!!!knangan mase main tepung time hari terakhir sekolh,kna denda lh,mase perkhemahan...n mcm2 lg lh...rase x nk jerr masuk alam baru tht is...alam sekolh menengah...hurmm...ok lh..tu jerr lh kot yg aq nk cite...bye..assalamualaikum...

Thursday, 15 December 2011

Miss Kat Korang Sume...

Dah lama kita x jumpa kn????ala,rindunyer kat korang...miss nk gossip2 ngan korang...agk2 nye lh bile kita ley jumpa lg????hurmm..dah lah best friend aq shahira,farhin n others h kn...pergi ke SMK Kampung Baru Si Rusa...hurmm..aq???aq plak pergi ke SMK Bukit Saujana...ala,,,miss nyerr...dh lh susah nk cari kawan yg periang mcm korang...yg boleh mnggembirakn aq...ish3...aq harap lh sngt2...agr  friend ship kita ley brkekalan hingga ke akhirnya lh kn???ade juga lh kwn aq yg sorang nie nama nyer Alia Natasha....die 1 sekolh lh ngan aq..die msuk SMK Bukit Saujana juga...tp kitorang x same klas...die klas 1 Bitara 2(kelas ke 2) n aq plak msuk klas 1 Bitara 1...ala...even ade kwn yg akn 1 sekolh ngan aq taun dpn pon..tp kitorang x satu klas..mcm mne nk kekalkn persahabatan kitorang yg dh lama terjalin nie????aq hrp one day nnti kita ley berjumpa lh yerkkk...ok lh...bye..i have to go out now...coz it already dusk...ok aq akhiri nie dgn ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, 14 December 2011

Huhu :(

Aq x dpt mncapai impian aq untuk msuk ke SBP...huhu...cedeynyerrr....hurmm..x pe ar...aq sekolh kt SMKBS je lh...same lah mcm kwn2 aq yg lain..yg pergi temuduga kt Kolej Tunku Kurshiah tu...dkat Kolej Tunku Kurshiah tu aq ade 3 org kwnn...(yg boleh lh tahan baiknyerr kn??) yg 1 tu namanyerr(liyana)...die tu baik lh juga ngan aq..mase kt TKC tu...yg ke2 nama nyerr farhanah...cutezz die tu...huhu...tembam sikitt...hehee:D...yg ke3 nama die adawiyah...aq baik ngan diorang nie jerr...even rmai gilerr yg pergi temuduga ari tuh...aq n kwn aq yg 2 org tuh x lulus.. n x dpt msuk TKC tuh...yg adawiyah tu jerr yg dpt msuk TKC...huhu...best lh die...dpt msuk TKC..bknnye sng nk dpt...huh!!terbaik lh dier tuh...

Hari Bersejarah Dalam Hidup Ku...


17.11.2011-hari yang paling bermakna dalam hidup ku...hari tu keputusan UPSR keluar...Malam sebelum amik result tu mmg x ley nk tido ar..coz..memikirkan ape lh keputusan nye yerkk...pagi tu berdebar2 gile nk
amik keputusan...pas2 untuk mnghilngkn rasa berdebar2 tu..aq gi lh kt kwn2 aq...GOSSIP2 sikit...psl result tuh..hehe :D..and then aq ngan kawan aq gi lh kt cikgu tnye..kol bape result .kuar???pas2 cikgu ckp dlm kol 11.arghh!!! lmbt nyerr....aku ngan kwn2 aq yg lain dh x sbr2 nk tau result nie...tunggu punye tunggu...lastly cikgu Johar..sampai...yeayy...result dh kuar...gmbiranya...pas2 cikgu johar turun bwh kt dewan..(tmpt kitorang amik result tuh..)pas 2die pnggil 5 org murid niehh...1)alya haidah 2)zulaikha 3)sharmine 4)me(yasmin) and the last one is fatihah zahra...hah???nape cikgu pnggil niehh???pas2 cikgu suruh kitorang gi dwn ibnu khaldun...pas2 cikgu umumkn kt pnts yg kitorang tlh mndapat 5A dlm UPSR ha???biar btol???x sangka  gilerr kowt...pas2 cikgu habsah suruh aq tunggu kt situ lg...ha??nape nie??ade ape???pas2 cikgu tlh mengumumkn yg aq tlh mndapat anugerah tokoh murid...wow...x sngkanye..btw..aq nk ucapkn tahniah kepada sesiapa yg dpt 5A dlm Upsr tuh...bg yg x brjaya boleh cuba lg pada zmn yg akn dtg..N X BERJAYA DLM PERIKSA NIE SEKALI X BERMKSUD KITA X AKN BERJAYA WAT SELAMA2 NYE....

AQ SUDAHI DGN ASSALAMUALAIKUM....